Sunday, April 19, 2009

Serundi di Malaysia Halal - HDC


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC) memberi jaminan bahawa semua produk serunding di negara ini halal berikutan prosedur pemeriksaan dan tapisan ketat sebelum dibenarkan memasuki pasaran.

Pengurus Kanan HDC, Zainal Abidin Jaafar menegaskan, bagi produk makanan yang diimport, ia perlu mendapat kelulusan badan Islam di negara berkenaan yang diiktiraf oleh HDC.

"Apabila disahkan halal, HDC akan memperakukannya dengan memberi logo halal. Dalam hal ini, HDC dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) sentiasa bekerjasama dalam isu-isu produk halal,'' katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment