Friday, February 6, 2009

Nizar tetap MB Perak dihati rakyat


"Walaupun telah dititahkan untuk letak Jawatan, rakyat di Perak khususnya tetap menganggap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Beliaulah satu-satunya MB yang telah berjaya melakarkan sejarah dalam Kerajaan Perak kerana mewakili parti Pas-Pakatan Rakyat bukan Umno-BN.

Beliau juga satu-satunya MB Perak yang boleh berkomunikasi dengan 4 Bahasa- Bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris sekaligus menjadi MB yang paling senang didekati rakyat.

Pengalaman itu pastinya masih terbayang pada setiap rakyat yang pernah disalamnya. Jasa beliau walaupun hanya 10 bulan tetap membekas dalam benak memori setiap warga Perak.

Siapa jua Menteri Besar selepas ini, Nizar tetap dihati rakyat Perak. Sebagai MB, sebagai pemimpin, dan sahabat mereka, Nizar tetap wujud dihati mereka. Tiada siapa mampu memadamnya.

Pastinya bayang-bayang Nizar akan terus menghantui MB yang naik dalam keadaan terhina sekali pada pandangan rakyat!!!

"

No comments:

Post a Comment