Friday, February 6, 2009

MB Haram Sedang Di tabalkan


Upacara penabalan Menteri Besar haram kerajaan haram Barisan Nasional sedang berlangsung di Istana Ubudiyah Kuala Kangsar.

Menteri Besar Perak Hj Nizar telah keluar kenyataan tengahari tadi ,beliau akan menyaman Sultan Perak seandainya Barisan Nasional dibenarkan menubuhkan kerajaan haram di negeri itu.

Di masjid Ubudiyah Bukit Chandan yang terletak berdekatan istana,ribuan rakyat bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Sementara itu dalam bicara di Astro Awani sebentar tadi,Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya terus mengecam hebat situasi yang sedang berlaku di Perak dengan menyifatkan sebagai 'politik belukaraya' bagai enau yang melepaskan pucuk masing masing tanpa pedulikan tumbuhan lain.

"Budaya singgular iaitu hanya individu tertentu menjadi penentu nasib rakyat sedang berlaku".

No comments:

Post a Comment