Wednesday, February 11, 2009

Karpal Saman Sultan, UMNO Pula Panggil Sultan “Binatang”


Kini dimana-mana sahaja UMNO sibuk buat laporan polis ke atas Karpal Singh yang dikatakan derhaka kerana mahu menyaman Sultan Perak. Cuba kita imbau sejarah tahun 2008 selepas pilihanraya umum ke 12 lalu. Berlaku di Perlis apabila Raja Perlis menolak Shahidan kasim untuk dilantik semula menjadi menteri Besar. Raja Perlis telah memperkenankan orang lain sebagai menggantikan mantan Menteri Besar itu.

Akibatnya, penyokong Shahidan telah berarak di Bandar Kangar dengan membawa sepanduk menyokong Shahidan. Kedua berlaku di Negeri Terengganu apabila Sultan Terengganu mahukan Ahmad Said menjadi Menteri Besar dan menolak calun pilihan Pak Lah iaitu Idris Jusoh. Pak Lah tetap berkeras mahukan Idris Jusoh sehingga UMNO Terengganu berarak di depan Istana menggoncang pintu istana sambil membawa sepanduk dengan memanggil Sultan sebagai “binatang”.

Pelik, tidak pula kedengaran suara-suara puak UMNO, ahli akademik, pensyarah-pensyarah, atau NGO buat lapuran polis, minta Pak Lah, Shahidan Kasim, UMNO Perlis dan UMNO Terengganu di tangkap di bawah ISA, dibuang kerakyatan, diharamkan masuk ke dalam dud-dua negeri tersebut atas alasan menderhaka kepada Sultan. Tapi di Perak, setiap hari kenyataan pemimpin dan penyokong UMNO minta polis tangkap pemimpin parti Pakatan Rakyat. Karpal Singh Cuma nak saman Sultan dan ianya dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak sampai memanggil Sultan “binatang” atau memaki Sultan sedangkan UMNO dah buat semua itu. Siapa sebenarnya yang derhaka pada Sultan? UMNO, Pakatan Rakyat, atau UMNO?

Ini bumi Allah bukan bumi UMNO. Tiada siapa makhluk yang berhak menghalang makhluk lain untuk bergerak bebas di bumi ciptaan Allah ini. UMNO lah golongan derhaka pada Allah dan Rasul yang sepatutnya keluar dari bumi Allah ini. Buat bumi sendiri dan reka rezeki sendiri.

Katakanlah, selepas Najib mengadap Sultan Perak baru-baru ini, tiba-tiba Sultan mengambil keputusan untuk membubarkan dewan juga, agak-agak apa yang akan UMNO lakukan? Berasaskan dua sejarah tadi (tidak termasuk UMNO Kelantan hendak melantik Raja baru di Kelantan dulu) yang pasti dan sahih, akan bertempiklah puak UMNO dengan kain rentang memaki hamun Sultan Perak kerana tidak menurut kehendak UMNO. Akan habis ungkit-mengungkit oleh UMNO bahawa Sultan tak kenang budi kerana Sultan dan anak-anaknya telah kaya raya hasil dari projek-projek besar yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada syarikat-syarikat milik anak beranak Sultan Perak sehinggakan Raja Muda adalah antara orang paling kaya di Malaysia ini. Sultan kaki mabuk arak dan kalau boleh warna seluar dalam Sultan pun UMNO nak dedah pada umum.

Tetapi oleh kerana Sultan patuh dengan permintaan Najib walaupun terpaksa mengorbankan hak, kedamaian dan perpaduan rakyat Perak, maka tanpa rasa malu UMNO kononya merekalah yang mempertahankan Sultan dan istitusi Raja Di Malaysia. Sehinggakan meletakan kedudukan Sultan lebih tinggi dan mulia dari Allah dan Rasul. Perintah Allah, hokum Allah, syariat Allah, ajaran Nabi, sunnah Nabi mereka ingkar malah dihina dan dipersendakan pula, tetapi semua perintah Sultan mesti patuh, taat dan tak boleh bantah. Inilah perbuatan sesat lagi syirik yang ada dalam UMNO.

Pelik, ketika YAB Nizar mengadap Sultan Perak, sudah ada tanda-tanda yang Istana bersetuju untuk membubarkan Dewan tetapi setelah Najib mengadap dan membawa kesemua Adun BN dan Adun Bebas mengadap, Sultan terus berubah dan mengarahkan Nizar dan kesemua Exco pakatan Rakyat meletakan jawatan secara tiba-tiba. Mengapa dan kenapa? Apakah jika istana menolak tawaran Najib ini dan terus membubarkan Dewan maka Sultan dan Raja Muda juga akan diculik atau dihantar C4 ke istana oleh Najib? Atau Najib mengugut akan membatalkan semua projek-projek yang telah diberikan kepada keluarga Sultan?

Kenyataan pihak UMNO/BN dan Mufti Perak bahawa tindakan Sultan mengikut undang-undnag untuk memberikan keadilan kepada rakyat Perak juga adalah satu pembohongan dan pengkhianatan. Bagaimana dengan cara memaksa rakyat Perak menerima kerajaan haram BN secara merampas kuasa dengan memperalatkan Sultan itu dikatakan satu keadilan? Perlu diingat, untuk memilih kerajaan adalah hak mutlak rakyat, bukan hak UMNO, bukan hak istana dan bukan hak Sultan untuk menentukanya. Istilah derhaka kepada Sultan tidak timbul kerana dalam kes ini Sultan lah yang sebenarnya telah derhaka kepada rakyat Perak terlebih dahulu. Tiada dosa rakyat kepada Sultan sekiranya Sultan hanya mementingkan takhta, projek dan hasutan puak luar dari negeri Perak (Najib). Sultan sepatutnya menerima nasihat Menteri Besar bukanya dari Najib. Kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat Perak tidak boleh dipersalahkan jika tidak menghormati Sultan kerana Sultan juga telah tidak menghormati hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan yang mereka fikirkan mampu untuk mentadbir negeri Perak, bukan dengan cara ala Mafia. Jika dituduh sebagai penderhaka, UMNO Terengganu lebih teruk derhakanya dengan memanggil Sultan Terengganu sebagai “binatang” satu ketika dulu dan tiada kedengaran dalangnya ditangkap dan didakwa walaupun UMNO Pusat dan Negeri serta pihak polis tahu siapa yang punya angkara itu. Begitulah hebat dan kebalnya UMNO dari undang-undang.

Apakah Mufti dan istana tidak tahu bagaimana caranya Najib dan UMNO menggunakan cara Mafia untu mengugut 2 Adun dari PKR itu? Apakah ini cara Islam wahai Dato Mufti? Apakah apbila Sultan itu kaki arak, kaki judi dan kaki perempuan juga wajib ditaati? Inilah Mufti cari makan dan jaga pangkat. Jika kedua-dua Adun PKR dan dari Bota itu ingkar, pasti apa yang telah berlaku pada Altantuya akan berlaku kepada ketiga-tiga orang Adun itu.

Sekarang apa sudah jadi, akibat angkara Najib, Zahid Hamidi dan Tajol Rosli yang Berjaya memperdayakan pihak istana, negeri Perak sudah menjadi kucar kacir. Jika Sultan mendengar nasihat Dato’ Sri Nizar, sudah pasti semua ini tidak akan berlaku. Kini Najib, Zahid, Tajol dan semua puak UMNO ketawa besar kerana berjaya memporak-porandakan kerajaan Pakatan

Rakyat dan berjaya melaga-lagakan istana dengan rakyat Perak.

Jika benar Sultan Perak adalah pakar undang-undang dan seorang yang adil, jika tidak, jangan marah jika rakyat derhaka dan tidak menghormati Istana lagi kerana Sultan sendiri yang mengajar rakyat supaya derhaka dan tidak hormat pada baginda.

Ingatlah, Jenayah, rasuah, penipuan, kezaliman dan kemungkaran Najib sudah sampai ketahap maksima sekarang ini. Jangan sampai sehingga ada kalangan ustaz, tok guru atau ulama mengeluarkan kenyataan bahawa darah Najib itu HALAL, tapi tidak mustahil itu akan berlaku. Hilang Najib seorang tetapi boleh menyelamatkan 25 juta rakyat Malaysia, menyelamatkan harta dan maruah bangsa dan agama.

Walaubagaimanapun percayalah wahai orang-orang yang beriman (bukan orang UMNO), apabila kezaliman sudah sampai ketahap maksima dan kemuncaknya, pasti Allah akan menghancur dan melaknat golongan itu dengan sehina-hinanya. Apa yang berlaku sekarang ini adalah antara tanda-tanda yang UMNO akan hancur dan dilaknat serta dikutuk oleh semua makhluk di bumi dan di langit.

No comments:

Post a Comment