Sunday, November 15, 2009

Kawan Baik.............


Kawan & kekasih mungkin secara umumnya dua perkara yg membawa maksud berbeza. Mungkin juga keduanya adalah dua individu yg berlainan atau mungkin juga satu individu yg sama. Apa yg membezakan keduanya adalah perasaan kita terhadap individu-individu tersebut. Sayang kepada kawan tak mungkin sama dengan sayang terhadap kekasih. Betol ke? Kalau aku salah tolong betolkan ya?

Ok, tanya la siapa-siapa pun pasti takde sorang pun yg tak mempunyai kawan baik. Maksud aku disini kawan yg berlainan sex dengan korang. Bukan kawan baik yg korang kenal kat Face Book, tak pernah berjumpa, tak pernah bersua..bukan. Kawan baik disini ialah seseorang yg korang kenal maybe dah lama, korang paham mcm mana perangainya, apa yg dia suka, selalu hang out bersama ke.. Seseorang yg korang kenal sejak bangku & meja sekolah lagi,sejak kecil lg atau pun rakan se – opis.

Korang amat rapat dengannya. Mesra. Tapi bukan mesra ibarat sepasang kekasih romantis. Bukan mesra romantis. Korang maybe ber "die" "orang" atau ber "awak" "saya" dengannya. Selalu mengeluarkan perkataan yg kurang sedap didengar seperti bongok, bengong,ngokngek,bodo & lain-lain tp korang & kawan baik korang tu tak kisah mahupun terluka dengan benda tu semua malah benda mcm tu la yg menunjukkan betapa akrab & terbiasanya korang berdua.

Tapi fitrah manusia, perasaan suka & sayang mmg datang tanpa diundang. Korang mula menyukai kawan baik korang tu. Mmg selama ni korang dah suka..Nama lg kawan baik kan? Tapi ni suka dengan perasaan ingin memiliki, menyayangi, disayangi.. Ingin menjadikannya seseorang yg istimewa. Alah, paham-paham la apa aku nak cakap kan? hehehehe

So, apa tindakan korang? Macam mana korang nak meluahkan perasaan tu kepadanya? Sanggupkah? Aku dulu pernah terfikir, macam mana la nak convert perasaan & kebiasaan terhadap kawan baik tu kepada seseorang yg kita cintai. (Jiwang plak ku rasa..ekekeke). Tapi itu semua mmg terjadi dengan sendirinya seiringan dengan perasaan kita terhadap kawan baik kita tu.

Jika dulu ber “aku” “ko” atau ber “saya” “awak”, maybe lepas tu beransur-ansur berubah kepada yg lebih lembut seperti "org", "dia" atau just guna namanya. Jika dulu selalu bergurau kasar atau ngan ayat mudah "bergurau biawak", mungkin korang mula beraksi romantis dengannya. Tutur bahasa & body language mula berubah.

Tapi malangnya korang bertepuk sebelah tangan. Dia hanya mempunyai perasaan sayang terhadap kawan baik sahaja terhadap korang. Atau mungkin dia sudah menyimpan perasaan terhadap org lain. Apakah tindakan korang? Mungkin itu amat menyakitkan tp aku percaya, dia mungkin lebih selesa dengan korang. Tempat dia meluahkan segalanya dahulu, tempat dia mengadu itu dan ini.

Tak mustahil kawan baik mungkin menjadi kekasih. It's not impossible for a best friend become a boyfriend or a girlfriend. Pernahkah korang mengalami peristiwa sedemikian? Hmmmm ….,pepun kite kena yakin yang jodoh, ajal, dan maut di tangan tuhan dan kite serahkan ni pada Allah je..Ade jodoh tak kan ke mana kan????????

No comments:

Post a Comment