Monday, October 26, 2009

asyik cite bab 2 politik je...lari topic jap..!! :-) 3


HAKIKAT SEBUAH CINTA

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang… setelah ia mula menyayangimu

hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja….

kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia

mengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah

menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila
sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya
ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan

janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia
biasa. Apabila sekali dia melakukan

kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu
kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin
mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada

dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih
arah.

No comments:

Post a Comment