Wednesday, April 22, 2009

Nik Aziz tidak akan bertanding calon Presiden




TG. Nik Aziz menolak pencalonan
Murshidul AM, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon Presiden PAS walaupun mendapat pencalonan seperti diberitahu oleh Setiusaha Politik beliau, Saudara Anual Bakri Haron kepada The Malaysian Insider .

Saya rasa bersyukur sangat apabila mendengar berita itu…..

Bersyukur kerana untuk mengelakkan perpecahan di dalam parti Gerakan Islam. Perpecahan tidak dapat tidak, pasti akan melemahkan perjuangan parti.

Walaupun demokrasi memberi ruang kepada pertandingan yang sihat, namun ahli yang tergolong daripada berbagai latarbelakang seperti berlatarbelakang Agama, Profesional, Peniaga, Ahli Korporat, dll pasti melihat sesuatu pertandingan dengan persepsi berlainan.

Walaupun demokrasi hidup subur di dalam PAS, dan bebas dari lobi-melobi serta politik wang, namun jika pertandingan peringkat tertinggi di antara dua Ulamak yang disegani, pasti sesetengah pihak akan melihat pertandingan itu sebagai pertandingan dari sudut populariti. Ini amat buruk untuk masa depan PAS dan menjadi satu ‘precedent’ yang amat pahit bagi ahli untuk masa-masa mendatang.

Saya percaya anda bersama saya jika saya mengatakan kita tidak sanggup melihat dua tokoh ulamak yang disayangi, disegani, digeruni oleh kawan dan lawan ‘beradu’ tenaga untuk mengatasi satu sama lain. Jauh disudut hati mereka menuju kearah itu.

Masih ada ruang dan luang yang terbuka luas dan beberapa ‘avenue’ lain untuk menggarap sesuatu dasar atau strategi untuk melangsungkan Agenda yang lebih besar yakni menegakkan hukum Allah di muka bumi ini selain daripada melalui pertandingan merebut jawatan di dalam parti.

Ingatlah saudara ku perjalanan kita masih lagi jauh, nun jalan didepan masih lagi penuh dengan onak dan duri, fitnah dan mehnah. Halangan demi halangan, kekangan demi kekangan, PAS dihimpit kiri dan kanan, depan dan belakang, musuh akan mentertawakan kita kerana kita layu sebelum berkembang kerana semata-mata atas nama demokrasi.

No comments:

Post a Comment