Thursday, February 19, 2009

Sekadar Renungan...........

Cuba kita beralih arah sikit minda kita. Umno dan barisan nasional hampir karam. Ibarat kapal hanya nahkoda atau kapten kapal sahaja orang yang terakhir terjun ke dalam laut. Semua ketua kelasi dan ketua -ketua komponen kapal telah meninggal perut kapal. Begitu juga Barisan Nasional dan umno khasnya.

Komponen barisan nasional cukup tergoris dek terlajak cakap pemimpinan umno, serta tindakan ketua barisan nasional dan ketua umno serta ketua negara sudah tidak dihormati oleh pengikut. Tidak pernah berlaku kekalutan yang cukup parah dalam barisan nasional. Setiap kata ketua sukar dipatuhi.

Dalam sejarah pilihanraya komponen parti dalam pilihanraya memainkan peranan penting untuk memerintah negara. terbukti dari awal pilihanraya hingga pilihanraya ke 12. Umno tidak boleh memdominan dan memerintah negara tanpa MCA, Gerakan, dan parti komponen dari Sabah dan Sarawak.

Mengapa Umno mengadakan isu dan membakar semangat kaum yang melampau?. Perlu diingat kekuatan barisan nasional terletak kepada parti mca. mic, dan lain-lain komponen. Contoh terakhir PRU 12 jika negeri Sabah dan Sarawak tidak menyokong Barisan Nasional, hampir pasti Barisan Nasional tidak memerintah Malaysia.

Kenapa baru sekarang bercakap pasal melayu dan parti umno?. Dulu mengapa gadai maruah bangsa dan melayu tidak ada usul dan tindakan?. Tapi ingat umno bukan milik melayu dan Islam seratus peratus. Umno sekarang jadi milik berbangsa dan kaum sebaik sahaja pintu kemasukan umno di buka kepada penduduk peribumu Sabah.

Selepas memerintah selama 51 tahun tersedar dari lamunan harta dan wang yang melimpah setiap pemimpin umno, terutama Melayu Pulau Pinang. Dulu mengapa tidak diungkit dan di perkatakan oeleh barisan nasional dan umno?.

Dalam kekalutan dan ketidaktentuan Barisan Nasional dan Umno perlu mencari ganti pemimpin bagi menganti pemimpin yang sedia ada. Kita cukup setuju Tun Mahathir supaya pempinan Pak Lah perlu diganti. Namun siapa yang layak ?.

Sebelum pilihanraya Permatang Pauh memang DS Najib Razak calon yang agak sesuai. Tapi selepas pilihanraya permatang pauh dan ucapan beliau dan tidak tanduk terkini, memang Najib Razak seratus peratus tidak sesuai sperti yang perkatakan oleh Tun Mahathir

Dari kacamata politik kekampongan dan memang umno pun bergerak secara kampung, Orang yang paling sesuai mengambil tampuk pemerintah sekarang (jika barisan nasional kekal) ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Yang membataskan Tengku Razaliegh Hamzah bertanding pada Mac nanti tidak cukup pencalonan. Jika peluang ada dan terbuka, Tengku Razaleigh Hamzah walaupun sudah lanjut usia peluang untuk menang cerah. Tika saat -saat ini semua komponen Barisan Nasional dan umno cukup jilik terhadap pemimpin yang bernama Datuk Seri Abdullah Badawi.

Rakyat Malaysia mahu perubahan termasuk Tun Mahathir sendiri. Umno perlu perubahan untuk menjaga harmoni dan keselamatan negara Malaysia. Kita tidak mahu dalam kekalutan yang direka oleh segelintir pemimpin umno bagaikan peribahasa melayu MENAHAN LUKAH DI PERGENTINGAN. TELAH TERBUKTI UMNO PUNCA DAN KAKI PROVOKASI DENGAN BERSELINDUNG DENGAN KEPOLISIAN ATAU KESELAMATAN DALAM NEGARA.


"

No comments:

Post a Comment