Sunday, February 8, 2009

Mustahil Nizar durhaka.


Berita yang tidak bertanggung jawab dan putar belit dengan suatu plot yang terancang dengan ending yang nampak semata-mata ingin melaga-lagakan individu dan kelompok tertentu dengan pihak Istana perak adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggung jawab.

Sebagai warga Perak semua maklum dan mengetahui bahawa hubungan Ir. Nizar dengan pihak istana sangat baik dari mula dia diangat menjadi menteri besar sehinggalah kepada saat terakhir dia mengadap DYMM Sultan Perak pada 4 Feb yang lepas.

Berulang kali juga dia memberi kenyataan akhbar bagi menafikan berita yang sering mengapi-apikan bahawa hubungan beliau dengan istana tidak baik.

Antara persoalan yang di putar belit ialah Nizar durhaka kepada sultan Perak pada pertemuan 4 Feb yang lepas.

Saya mengakui sebagaimana kenyataan Nizar dalam banyak kenyataan akhbar, malah saya lah orang yang pertama mendengar cerita bagaimana pada 4 Feb dia " mohon ampun dari Tuanku dengan Sembah Durhaka".

Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan apakah maksud "sembah durhaka" dalam bahasa istana sehingga pihak yang tidak bertanggung jawab memutar belit mengatakan Nizar durhaka kepada Sultan.

Secara umum saya faham dengan usaha baling batu dan sembunyi tangan oleh pihak yang mengambil peluang untuk menaikkan kemarahan dan kebencian rakyat yang memang tidak boleh menerima hakikat kalau ada yang durhaka kepada raja dari dulu hingga sekarang.

Begitulah Nizar yang saya yakin tidak pernah dan berhasrat untuk durhaka kepada Sultan, rekod hubungan baiknya dengan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda berterusan sejak diangkat menjadi MB hinggalah sekarang.

Pihak yang menjadi api dalam sekam terus menerus meniupkan istilah kononnya ada yang durhaka kepada raja.

Sebenarnya 'sembah durhaka' bermaksud dalam bahasa biasa kurang setuju atau mohon dipertimbangkan semua dalam maksud yang saya fahami.

Disebabkan mnasalah yang berat pada perkiraan Menteri Besar perlu diadakan pilihanraya semua dengan permohonannya supaya di bubarkan DUN. Maka sewajarnya beliau memohon DYMM Tuanku mempertimbangkan permohonan itu sehalus dan sebaik mungkin.

Sebab itu keputusan yang dibuat oleh DYMM Tuanku mestilah mengambil kira kepada cadangan awal dari memanda Menteri Besar yang masih sah. Amat malang kalau ada "lembaga" lain yang memberi nasihat yang terlebih malang kalau ianya diterima dan seterusnya mengundang kekecohan yang siapapun tidak merancangnya kerana ianya meledak dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment