Wednesday, February 4, 2009

Awak ciluk, kawan ciluk, last-last kawan dapat - Penarik Beca



Agaknya begitulah kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi (Tahniah juga kepada Datuk Seri Anuar Zaini yang berjaya melengah-lengahkan perjumpaan Mohd Nizar dengan Sultan).

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN, lapor Utusan Malaysia.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Malaysiakini melaporkan, ketika ditanya tentang pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Jamaluddin dan Osman, timbalan perdana menteri enggan mengulas dengan berkata "ia adalah isu yang berbeza".

Pada jam 5.35 petang, laman berita itu juga melaporkan Menteri Besar, Haji Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak.

Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana.

Sebelum itu, Malaysiakini juga melaporkan:

Speaking to reporters at his office about 3pm, Mohammad Nizar said that Nasarudin's family had informed him that the politician was "abducted on his way to Ipoh from Kuala Lumpur".

The MB received the information while addressing a press conference.

He received a telephone call from Nasarudin's wife who told him that her husband had been taken to Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak's official residence in Putrajaya.

"She said that Nasarudin was told by the people who stopped him in his way back to Ipoh that the Perak regent had wanted to see him," said Mohamad Nizar.

However, Nasarudin who later appeared in Putrajaya at Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak's press conference, denied he was abducted.
Najib seterusnya memberitahu, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu.

Dah agak empat lima jam tadi apabila isteri Adun Bota mengadu bahawa suaminya diculik. SMS tu tersebar sakan.

Menarik juga untuk diperhatikan bagaimanakah kesudahan kes rasuah Jamaluddin dan Mohd Osman. Maklumlah, ada ubi ada batas. Aku dah berbudi, takkan kamu tak balas.

No comments:

Post a Comment