Wednesday, April 22, 2009

PAS Bukit Bintang kejutkan dunia, calonkan Tok Guru Nik Aziz rebut kerusi Presiden PAS


Radhi Hashim (berbaju kuning) sewaktu mengiringi Mohamad Sabu bertemu MB Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Rumah Rehat Kuala Kangsar sejurus selesai upacara angkat sumpah MB Perak.


PAS Bukit Bintang mengejut banyak pihak apabila mencalonkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden parti itu menjelang pemilihan Jun ini. Ini sekaligus telah menimbulkan persepsi kononnya PAS Wilayah menolak kepimpinan Dato' Seri Abdul Hadi Awang, hingga mencetuskan kontroversi dan perbahasan banyak di dada media baru internet.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang yang baru, ketika dihubungi sebentar tadi, Sdra. Radhi Hashim, mengesahkan PAS Kawasan telah mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Kawasan kali pertama sehari selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan itu pada 19 April lalu.

Pada mesyuarat itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz dicalonkan untuk kerusi Presiden sementara Mohamad Sabu dicalonkan sebagai Timbalan Presiden menentang Nasaruddin Mat Isa. Sementara tiga calon Naib Presiden yang dinamakan ialah Dato' Husam Musa, Dato' Nik Amar Nik Abdullah dan Hanipa Maiden.

Radhi dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Bukit Bintang yang baru setelah Yang Dipertua asal, Haji Azman Johari dicalon dan menang sebagai Pengerusi Tetap. Ekoran itu, beliau terpilih sebagai Yang Dipertua. Sebelum ini, Radhi adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang.

2 comments:

  1. adoi.... macamana mamat ni terpilih jadi YDP...aku kenal sanggat beb... bila aku tanya pendapat kawan2 aku pasal pncalonan ni dan mereka tanya sapa YDP nye - biala aku cakap si radhi ...mereka jawab ..mmmm patutla...

    ReplyDelete
  2. salam semua,

    bagus kalu betul2 ada demokrasi dlm pas......pasal sdr radhi..i dont know him and he doesnt know me...ok...

    ini post saya dlm malaysianinsider..

    bukan dok sayang ke tgna cuma ambe rase ada mamat 2 3 ekor sebeloh tgna yg cuba mengeruhkan keadaan supaya tgna dan tghh berbalah....

    tgna claims he's the CAPTAIN of THE SHIP (Pas lah...)if he got nominated as president and tghh lost his seat and becomes one of top party leaders say VP or wutever you want him to be.....
    spiritual leader's seat will be vacant becoz i dont think tgna will be able to hold so many positions e.g. kelantan mb, spiritual leader and president at the same time...so we suggest dr harun din as the new spiritual leader..

    ok, if this really happened...WHO'S THE CAPTAIN OF THE SHIP NOW? and it will be more interesting if tghh is the new spiritual leader of pas...

    macamana? sapa nakhoda sebenar nih...presiden atau mursyidul am?

    i dare say yang tgna takkan berkata sperti itu jika tiada mat2 yg anti tghh yg suka provoke tgna...

    ReplyDelete